Thursday, March 3, 2011

Teh Tarik Session

Group Photo ... mini TT

Abg. Tuck buat pembentangan kes dia...

ROthman

Abg. Tuck & ROthman

Keropok Lekor Ganu kite..

En. Ilan...toke Sri Bulu ... ehh.. Buluh

Close up - Abg. Tucks

Close up - aku, eh... aku ke tu?



Ni teh tarik meraikan Saudara Badrulh dari Kuala Terengganu. Dia ada di KL sempena kursus kat Akademi MAS Kelana Jaya. Apa dia buat kat situ? Entah. Katanya keje dia ada kena mengena ngan MAS Air Asia dan Firefly..

Dia siap beli kamera baru lagi. Sambil-sambil tu kita testing ... testing ... 123 la kamera dia. Ni hasilnya kejap lagi.

Oh ya, dia ada bawak keropok lekor. So, apalagi kita suruh En. Ilan goreng dan makan ramai-ramai.

Terima kasih Bad..

Terima kasih Ilan...




SMATH '85-87









Selepas hampir-hampir 25 tahun, pre-reunion bekas pelajar-pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Klang ("SMATH") Kampung Jawa berjaya direalisasikan pada 25hb February 2011 yang lalu. Kat mana? Restoren Terapung Shah Alam... Hah? Jenuh google-map carik tempat tuh.....

Akhirnya jumpa gak..... selepas menempuh traffic jam selama hampur 2 jam di NKVE. Terima kasih kerana hujan lebat petang ke malam tuh. Terima kasih pasal hari Jumaat. Selalu 15 minit je dari rumah ke Shah Alam. Sighh... dah lambat sampai.

Ramai gak yang join. Dalam 45 orang kesemuanya. Muka masing-masing ada yang berubah. Samada mengembang (mostly yang perempuan. Lelaki pun ada gak), rambut kurang atau gigi kurang (eehhh...). Tapi alhamdulillah, kami semua menjadi dah jadi 'orang'. Ramai dah berjaya didalam hidup dan karier ... ahli perniagaan, doktor, 'loyar' (categori ni memang ramai) engineer, cikgu, PTD dan lain-lain.

Ni kalau Cikgu-cikgu dan Ustaz/Ustazah kat SMATH tahu, mesti bangga dengan hasil didikan kalian. Kalau Ust. Shaari tahu, mesti dia hilang akal kejap. Tak terbayang dek akal kita berjaya jadi orang. Kalau tengok masa belajar dulu, sekor-sekor perangai macam anak jin ada harapan jadi kaki pukul jer...

Hahahahaaaaa .....

Tengok gamba dulu-dulu. Pasal SMATH ni sekolah aliran agama, kenalah pakai songkok...